fbpx

Eskayvie lancar kempen pertingkat kesedaran kekurangan nutrisi pelajar sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pelajar dan ibu bapa yang menyertai kempen terbaharu Eskayvie di Sekolah Kebangsaan Seksyen 24, Shah Alam baru-baru ini.

PETALING JAYA –  Eskayvie telah menganjurkan Karnival Eskayvie Inspirasi Generasi Masa Hadapan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan nutrisi dalam kalangan rakyat Malaysia tetapi kini difokuskan kepada pelajar sekolah dan juga ibu bapa.

Sebagai permulaan, syarikat telah memilih Sekolah Kebangsaan Seksyen 24, Shah Alam baru-baru ini.

Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed berkata, masalah kekurangan nutrisi boleh memberi kesan kepada tahap kesihatan bukan sahaja dalam kanak-kanak tetapi ia boleh berlanjutan hingga dewasa, menghalang pencapaian akademik dan peluang pekerjaan, sekali gus menjejaskan ekonomi keluarga dan negara.

‘’Melalui kempen ini, Eskayvie bekerjasama dengan komuniti setempat bagi meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak dan keluarga.

“Masalah malnutrisi ini amat kritikal kerana ia memberi kesan langsung kepada potensi minda generasi masa hadapan.

“Melalui kempen ini, kami ingin memberikan kesedaran kepada ibu bapa dan komuniti mengenai peri penting nutrisi lengkap dalam setiap hidangan anak-anak supaya mereka membesar dengan sihat dan perkembangan minda dapat dioptimumkan.

“Dengan pendekatan yang menyeluruh, kami berhasrat membina komuniti keibubapaan dengan menyediakan panduan praktikal, sokongan motivasi, idea aktiviti serta perkongsian kesihatan dan nutrisi untuk membantu ibu bapa membesarkan anak-anak yang sihat, cerdas dan berdaya saing,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena pelancaran program tersebut.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri menjelaskan, pemakanan anak-anak sangat mempengaruhi perkembangan dan prestasi minda mereka.

“Ramai ibu bapa menghantar anak-anak ke kelas tambahan atau mendapatkan tutor peribadi tetapi mereka mungkin terlepas pandang satu asas penting iaitu pemakanan yang menyokong keupayaan kognitif anak-anak.

“Nutrisi seperti Phosphatidylserine dan Omega-3 memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan fokus, daya ingatan, dan keupayaan memahami pelajaran dengan lebih baik.

“Makanan harian kanak-kanak hari ini lebih banyak terdiri daripada makanan segera yang bukan sahaja kurang nutrisi malah memberi kesan negatif kepada kesihatan otak mereka. Ini menjadi cabaran utama dalam memastikan mereka mendapat nutrisi yang mencukupi untuk prestasi akademik yang lebih baik,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI