fbpx

Dua penunggang maut nahas lima kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Nissan Serena dan motosikal mangsa yang terlibat dalam dua kemalangan di di kilometer 84, Jalan Kota Tinggi - Kluang pada pukul 12.45 tengah malam tadi.

KLUANG – Dua penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam dua kemalangan berasingan di lokasi dan masa yang sama tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian di kilometer 84, Jalan Kota Tinggi – Kluang pada pukul 12.45 tengah malam tadi itu melibatkan sebuah kereta Nissan Serena dan empat buah motosikal.

Katanya, kejadian pertama melibatkan Arif Zaidi Zainurrizam,20, menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC bertembung dengan kereta Nissan Serena yang datang dari arah Kluang selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan ketika dalam perjalanan dari arah Kota Tinggi ke Kluang.

“Dalam masa sama, Nur Azreen Najwa Roslan, 25, menunggang motosikal Nouvo LC yang turut datang dari arah Kota Tinggi telah digesel oleh sebuah motosikal tidak dapat dikenal pasti menyebabkannya hilang kawalan dan terjatuh ke lorong kanan jalan.

“Mojd Fadreil Iqram Mohammad Fairuz, 17, menunggang motosikal Yamaha Y15ZR yang berada dibelakang Nur Azreen tidak sempat mengelak lalu melanggarnya dan terbabas terus terjatuh.

“Sebuah lagi motosikal, SM Sport 110R ditunggang Muhammad Fairuz Iqtisham Zamidi, 16, yang turut dalam perjalanan sama tidak sempat mengelak kedua-dua motosikal dihadannya sebelum terjatuh diatas Jalan,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin lagi, akibat kejadian itu, Arif Zaidi Zainurrizam dan Nur Azreen Najwa Roslan maut dilokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI