fbpx

‘Dia bukan mak cik hang, minta maaf pun tiada adab’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Rita Rudaini mempertahankan Ellie Suriaty apabila menegaskan aktres versatil itu tidak perlukan pempengaruh untuk popular.

PETALING JAYA – Tampil mempertahankan rakan seperjuangan, pelakon Rita Rudaini memaklumkan aktres versatil Ellie Suriaty sudah terkenal tanpa perlu meraih populariti daripada pempengaruh.

Kenyataan tersebut dibuat selepas ada yang mendakwa nama Ellie lebih dikenali selepas video parodi dihasilkan pempengaruh Imran Bard tular.

“Ellie tak perlu pempengaruh untuk naikkan nama dia.

“Nama Ellie dalam industri seni sangat besar dan zaman kami semua naik dulu belum ada lagi media sosial,” katanya dalam InstaStory.

Kongsi Rita atau Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, sehebat mana pun pangkat seseorang perlu mementingkan adab dengan orang lebih tua.

“Tinggi macam mana pun kita, kalau adab tiada, tak perlu rasa diri hebat.

“Dia bukan mak cik hang, lebih sopan panggil dia puan. Cara minta maaf pun tiada adab.

“‘Saya nak mak ayah dia datang minta maaf’, kalau yang bijak akan faham apa isi tersirat dimaksudkan Ellie,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, pelakon juga pengarah itu menuntut permohonan maaf daripada ibu bapa Imran yang didakwa mencalarkan namanya menerusi dua hantaran video dalam TikTok dengan kandungan berunsur fitnah.

Ellie kecewa apabila Imran memperlekeh reputasi yang dibinanya lebih tiga dekad menerusi konten dikongsikan.

Dalam kandungan video parodi itu, pempengaruh berusia 23 tahun itu berseloroh seolah-olah menjadi juri sebuah pertandingan nyanyian dan menyebut nama Ellie kononnya mempunyai kaitan dengan bahan terlarang.

Selepas Ellie mengadakan sidang media, Imran pula tampil memberi maklum balas menyatakan ibunya tidak boleh berjumpa untuk memohon maaf kerana dirawat di hospital.

Namun, Ellie berkata dia tiada masalah untuk menyantuni wanita terbabit di hospital selain meminta Imran memberikan nama tempat ibunya dirawat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

TERKINI