COMEL betul gelagat penyanyi Daiyan Trisha ketika ‘throwback’ zaman sekolah menengah dalam TikToknya, baru-baru ini.
Memang kelakar momen selebriti berusia 31 tahun itu menyelak satu persatu diari yang ditulisnya ketika remaja. Mimik muka seolah-olah ingin termuntah membaca ayat sendiri juga lucu.
Banyak cerita menarik dikongsi termasuk sikap obsesi terhadap semua rakan karibnya termasuk menulis biodata serta nama mereka mengikut susunan abjad.
Malah katanya setiap seorang mempunyai nama panggilan unik dan bagi mengelakkannya terlupa hari penting sahabat, dia menulis tarikh lahir mereka.
Kalau tengok helaian diari milik Daiyan, memang rasanya boleh buat satu buku. Memang ‘rare’, jarang orang sekarang luah isi hati dalam diari.
Seronok pula dengar celotehnya mengimbas zaman sekolah. Apa pun kalau Daiyan cukup obses terhadap kawannya, mesti kalau ada kekasih pun tentu dia bagi fokus 100 peratus.
DIVA: Dengar macam-macam pendapat peguam tentang kes Ellie Suriatie dengan Imran Bard, dipendekkan cerita, tak payahlah buang masa nak bergaduh ya.