fbpx

Asah vokal, Syasya Rizal buat ‘comeback’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYASYA dilihat giat menjalani latihan vokal di bawah bimbingan seorang guru vokal yang disembunyikan identitinya.

PETALING JAYA – Hampir setahun berundur daripada kumpulan Dolla, bekas anggotanya Syasya Rizal seakan-akan memberi bayangan bakal kembali serius menyanyi.

Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, kini dilihat ligat menjalani latihan vokal dipercayai di bawah bimbingan seorang guru profesional.

“Mama Sya (panggilan diri sendiri) akan ke landasan asal semula ke?” tulisnya dalam ruangan kapsyen video pendek itu.

Menerusi video dikongsikan dalam TikTok, ibu muda anak satu itu mempertajamkan semula suara dengan teknik diajar guru yang tidak diperlihatkan wajahnya.

Sepenuh hati melontarkan vokal, sesekali kedengaran arahan serta bimbingan guru vokal yang memintanya fokus terhadap sesi latihan berikutnya.

Di ruangan komen, ramai netizen teruja biarpun perkara tersebut belum disahkan tuan punya badan yang ketika ini sibuk menguruskan keluarga dan bayinya.

Sebilangan lagi peminat yang mengikuti perjalanan karier nyanyian bersama Dolla pada 2019 memberi sokongan penuh andai Syasya ingin membuat kemunculan semula secara solo.

“Syasya debut solo?” tulis seorang pengikut laman sosialnya.

“Nak tengok Syasya menyanyi lagu genre Nusantara, irama Malaysia, pop tradisional dan Melayu asli,” ujar netizen lain.

Awal Mac 2024 Syasya membuat kejutan apabila mengumumkan undur diri daripada Dolla berikutan hal peribadi yang tidak dapat didedahkan.

Pada 20 April penyanyi terbabit mengesahkan dirinya sudah bernikah dengan rakan abangnya, Nasrullah Mohd Sapie, 24.

Pasangan terbabit dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Yassir Hayyan yang dilahirkan pada 23 Disember lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI