fbpx

‘Allah dah susun cantik’ – Krisya ‘comeback’ dengan Kluang Man

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS tujuh tahun Krisya yang hiatus membuat kemunculan semula dengan menyanyikan lagu tema filem Kluang Man.

SHAH ALAM – Mengimbau nostalgia, penyanyi era 90-an, Krisya membuat kemunculan semula di pentas Gempak Most Wanted Awards 2024 (GWMA) menyampaikan lagu tema Kluang Man bersama Sekumpulan Orang Gila (SOG).

Krisya atau nama lengkapnya Krisya Nursabrina Roslan, 42, yang kini tampil manis berhijab telah mengubati kerinduan para peminatnya.

Biarpun sudah lama tidak muncul, penyanyi yang pernah mencipta nama menerusi lagu Gemersik itu kelihatan bersahaja dan tidak kekok di atas pentas.

Krisya telah dipilih untuk menyanyikan lagu tema filem Kluang Man yang bakal ditayangkan di pawagam pada Mei depan.

Hos GWMA iaitu Sherry Al Hadad sempat bertanya jika penonton ingin milihat Krisya bertanding di Gegar Vaganza musim ke 12 nanti.

Sementara itu Krisya ketika ditemui berkata, sudah lebih 20 tahun dia tidak beraksi di atas pentas besar kerana fokus kepada keluarga dan membesar empat anak.

“Memang saya sudah berhenti menyanyi lebih 20 tahun. Pihak Astro sendiri mengaku susah untuk mereka mendapatkan saya.

Sebenarnya sebelum ini saya tinggal di Bosnia selama tujuh tahun. Tahun ini saya pulang semula ke Malaysia. Rupanya Allah sudah susun cantik. Setibanya di Malaysia, saya ditawarkan untuk menyanyikan lagu tema filem Kluang Man.

Kluang Man benar-benar memberi impak kepada kerjaya muzik saya. Dan, disebabkan lagu ini juga kini saya kembali,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI