fbpx

Warga Indonesia tetapi guna salinan perakuan UNCHR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jafri Embok (kanan) sedang melakukan pemeriksaan terhadap Meri (kanan) yang ditangkap dalam operasi di Kompleks Pasar Meru hari ini. FOTO:AFIQ RAZALI/ KOSMO!

KLANG – Masuk Malaysia melalui sindiket haram sebelum berkahwin dan memohon kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Itu antara modus operandi berjaya dibongkar Jabatan Imigresen susulan penangkapan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) wanita warga Indonesia yang menggunakan salinan kertas perakuan UNCHR sebagai dokumen perjalanannya.

Situasi seterusnya menimbulkan persoalan memandangkan
dokumentasi UNHCR biasanya hanya dikeluarkan kepada individu-individu yang telah disahkan sebagai orang pelarian atau pemohon suaka yang memerlukan perlindungan antarabangsa.

Meri Manu, 35, berkata, dia memasuki negara ini secara haram sejak lima tahun lalu sebelum berkahwin dengan suaminya yang merupakan pemegang kad UNCHR.

Katanya, hasil perkahwinan tersebut dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia lima tahun.

“Saya tinggalkan anak bersendirian di rumah disebabkan demam dan datang pasar ini bagi membeli sayuran untuk dibuat juadah sup.

“Kertas perakuan UNCHR ini baharu sahaja diperbaharui selepas tamat November lalu. Ia akan sah sehingga 13 April 2027,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Dalam operasi bersepadu bermula pukul 5.30 pagi itu berjaya menahan 598 PATI pelbagai negara berusia 17 hingga 57 tahun.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Jafri Embok Taha berkata, perkara itu selalu berlaku apabila warga negara asing daripada pelbagai negara berlainan berkahwin dengan memiliki kad UNCHR.

“Kita akan melakukan siasatan lanjut berhubung kesahihannya selain membuat semakan dengan Kedutaan Indonesia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI