PETALING JAYA – Semakin bersemut, itu antara reaksi netizen apabila melihat kemesraan antara Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi popular, Bella Astillah di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.
Berdasarkan satu klip video yang dikongsi di aplikasi TikTok, pasangan dua sejoli itu kelihatan menghabiskan masa bersama-sama di sebuah pusat beli semalam.
Menerusi klip video tersebut, kelihatan kedua-dua mereka sedang memilih aiskrim di sebuah restoran di dalam pusat beli-belah tersebut.
Menerusi komen yang dimuat naik seorang pengguna dikenali sebagai @ryudyana pasangan terbabit didakwa menghabiskan masa bersama-sama di MyTown, Cheras.
“Ada jumpa tadi kat MyTown. Berdua je tadi. Tak rakam pulak video atau gambar. Masa jumpa tadi dekat kul 1 tengah hari,”tulisnya.
Sementara itu, seorang lagi pengguna dikenali sebagai Ridwan Eliasak turut meninggalkan komen pada klip video terbabit.
“Bersemut. Aku harap aleb (Aliff) tak terasa hati, kalau kerap ternampak posting ex dengan YB,”katanya.
Sebelum ini, pasangan ini juga turut mencuri tumpuan netizen apabila kedua-dua mereka dilihat seperti pasangan pengantin kerana segak berpakaian tradisional Melayu mendaki Gunung Kinabalu. – KOSMO! ONLINE
@alisa_aami0210 Belum habis lagi vitamin harini korangg.. 🙈 Untungnyaa dpt tgk BASS dating depan2😍 sah kan korang? #bellaSyedYES Credit video TT : diyanaalia97 #SyedSaddiq #BellaAstillah #PowerCouple #fyp #trending #couplegoals❤️ #fyppppppppppppppppppppppp #foryou #terbaru #dating #syedsaddiqbellaastillah ♬ 운명 – Why