fbpx

Ular ditemukan mati kepanasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR ular berbisa ditemui mati akibat cuaca terlalu panas. - Foto Facebook/Snake Catchers Adelaide

SYDNEY – Seekor ular hitam perut merah mati dalam keadaan seperti terbakar akibat cuaca panas terik di Adelaide, Australia, lapor portal berita MailOnline semalam. 

Reptilia yang tubuhnya telah kering itu ditemui oleh penangkap ular di Willunga, selatan Adelaide, semasa suhu mencapai 43 darjah Celsius. 

Ular berbisa itu kelihatan seperti ‘digoreng’ ketika ia dipercayai cuba mencari tempat teduh di dalam semak. Ia berkemungkinan mati dalam masa beberapa minit sahaja. 

Seorang wanita tempatan menghubungi Rolly Burrell dari Snake Catchers Adelaide apabila dia menyedari ular berbisa itu tidak bergerak. 

“Seorang wanita meghubungi kami dan mengatakan bahawa terdapat ular hitam perut merah di bawah semak dan ia tidak bergerak.

“Apabila saya sampai di sana, ia telah mati umpama digoreng,” kata Burrell. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI