fbpx

Tangan terputus dilempar ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangan itu ditemukan di Sekolah Our Lady Immaculate di bandar Dublin, Ireland. - PA

DUBLIN – Polis Ireland berdepan insiden luar biasa apabila menemui tangan manusia terputus di sebuah sekolah di bandar Dublin, lapor akhbar Metro UK semalam.

Penemuan itu berlaku di Sekolah Our Lady Immaculate dekat kawasan Darndale. Ia bagaimanapun ditutup sempena cuti pertengahan tahun. 

Tangan yang sudah reput itu dipercayai dijatuhkan ke halaman sekolah oleh seekor burung sekitar pukul 10.30 pagi (waktu tempatan), demikian menurut penyiar Ireland, RTE. 

“Siasatan awal mendapati bahawa tangan tersebut milik seorang kanak-kanak yang mengalami kecederaan serius akibat letupan kanister gas ketawa.

“Kami percaya bahawa perkara yang berlaku tidak melibatkan sebarang unsur jenayah. 

“Ujian forensik sedang giat dijalankan untuk mengenal pasti pemilik tangan tersebut,” tambah polis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI