fbpx

Status OKU remaja ‘sentuh’ kanak-kanak perempuan belum disahkan JKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek reaja berusia 19 tahun direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

HULU SELANGOR – Status Orang Kurang Upaya (OKU) melibatkan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan ketika solat subuh di sebuah masjid di Batang Kali, di sini, semalam, masih belum disahkan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya masih menunggu pengesahan status itu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Permohonan reman terhadap suspek dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu kira-kira pukul 9 pagi tadi dan dibenar reman selama tujuh hari.

“Berkait dengan status OKU, kita (polis) masih belum dapat pengesahan JKM,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Mengulas lanjut kejadian semalam, siasatan awal mendapati suspek tidak mengenali kanak-kanak perempuan berkenaan (mangsa).

Semalam, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya menerima laporan susulan video tular di media sosial kira-kira pukul 8.19 pagi.

Suspek warga tempatan berusia 19 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI