fbpx

Pernah bercinta, Emma, Zizan profesional demi baju raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMMA dan Zizan kembali menyatu dalam sebuah iklan baju raya tahun ini.

SATU Malaysia tahu Emma Maembong dan Zizan Razak pernah menjalin hubungan cinta suatu ketika dulu.

Namun, semua itu sudah menjadi sejarah dan masing-masing ada kehidupan sendiri.

Menariknya, walaupun putus cinta, hubungan mereka tetap terjalin baik dan profesional.

Buktinya apabila Emma dan Zizan menjadi antara wajah kempen raya sebuah jenama pakaian popular sempena Aidilfitri tahun ini dan turut tular baru-baru ini.

“Suka betul tengok Emma dengan Zizan. Pernah bercinta tapi ini profesional sangat!

“Zizan pelawak, Emma pula masuk air, memang sesuai jadi duta bersama,” komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI