fbpx

Pengantin guna petua aneh agar hujan berhenti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pengantin perempuan melepaskan seluar dalamnya sebelum dilemparkan ke bumbung rumah. - TikTok

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan di Indonesia mengundang perhatian ramai selepas melemparkan seluar dalam ke bumbung rumah, dipercayai untuk memberhentikan hujan, lapor portal berita Shalokal Indonesia semalam. 

Perbuatan itu dilakukan ketika majlis perkahwinannya dilanda hujan lebat. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @ujarjua_69 memaparkan wanita yang memakai pakaian pengantin itu membuka seluar dalamnya. 

Dia kemudian mencampak seluar dalam itu ke bumbung rumah sebelum duduk di atas pelamin. 

Lebih mengharikan apabila hujan tiba-tiba berhenti selepas lima minit.

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.1 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Petua orang lama memang mujarab,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI