LONDON – Seorang lelaki melihat lembaga hitam menyerupai manusia di tepi sebatang jalan yang didakwa ‘keras’ ketika dia sedang memandu di Britain, lapor laman berita The Mirror semalam.
Aden Hudson, 26, dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya apabila dia melihat bayang-bayang menakutkan.
Namun, selepas pulang ke rumah dan melihat semula rakaman video, Hudson mengesan lembaga hitam di hadapan cermin kenderaannya.
“Selepas pulang, saya menonton video itu semula dan tidak percaya (melihat lembaga itu),” ujarnya.
Menurut Hudson, ia bukan kali pertama penduduk tempatan melihat lembaga menyeramkan berjalan di jalanan.
“Orang ramai dari kawasan tempatan memberitahu saya bahawa ia adalah jalan yang agak berhantu dan terdapat lima kemalangan berlaku dalam tempoh setahun,” ujarnya. – AGENSI