fbpx

Maut di LPT 2 selepas makan patin tempoyak di Temerloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis memeriksa motosikal Honda RS yang terlibat dalam kemalangan maut meragut nyawa Erie Junaidi di LPT 2 berhampiran Plaza Tol Kuala Dungun semalam.

DUNGUN – Seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang selepas berkonvoi motosikal ke Temerloh, Pahang maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Plaza Tol Kuala Dungun, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 7.20 malam, mangsa, Erie Junaidi Othman Radzi, 33, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, sewaktu kejadian, Erie Junaidi dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Merbok di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Honda RS ditunggangi mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas merempuh besi penghadang lebuh raya.

“Mayat Erie Junaidi telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, mangsa sempat memuat naik hidangan ikan patin masak tempoyak yang dinaiki bersama rakan-rakannya di laman Facebook miliknya beberapa jam sebelum kemalangan maut tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI