fbpx

Lelaki OKU buta maut digilis tren LRT Titiwangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mayat lelaki OKU buta penglihatan yang maut digilis selepas terjatuh di landasan LRT Titiwangsa, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) buta penglihatan maut selepas terjatuh dan digilis tren di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa, Jalan Tun Razak, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 8.05 pagi.

Katanya, kejadian melibatkan lelaki OKU itu dipercayai berlaku sekitar pukul 7.45 pagi.

“Bagaimanapun, identiti mangsa masih dalam siasatan polis.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Sukarno berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti identiti mangsa dan punca kejadian.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai terjatuh di kawasan rel sebelum dilanggar oleh sebuah tren yang melintasi kawasan tersebut.

“Kejadian tersebut dipercayai berlaku akibat kehilangan keseimbangan mangsa sebelum terjatuh,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI