fbpx

Lelaki disyaki bakar motosikal sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RANGKA motosikal yang terbakar. - Foto The Pattaya News

BANGKOK – Seorang lelaki di Pattaya disyaki membakar motosikal miliknya sendiri berhampiran sebuah stesen kereta api, lapor laman berita The Pattaya News semalam. 

Anggota-anggota polis dan bomba tiba di lokasi kejadian selepas menerima laporan mengenai kebakaran itu.

Sejurus tiba, mereka mendapati sebuah motosikal jenis Honda Wave 125 yang tidak mempunyai nombor plat sedang terbakar sebelum mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memadamkan api. 

Pemiliknya yang dikenali sebagai Natthaphon, 36, kemudian mendakwa bahawa dia telah meletakkan kenderaan di tepi jalan untuk berehat apabila motosikal itu terbakar dengan tiba-tiba.

Namun, seorang saksi dikenali sebagai Noppakorn, 26, berkata, dia menghampiri Natthaphon dan bertanya apa yang telah berlaku.

Katanya, Natthaphon hanya menjawab bahawa dia tertekan sebelum berlalu pergi.

Polis Banglamung kini melancarkan siasatan untuk menentukan punca kebakaran dan menolak kemungkinan bahawa ia terbakar secara tiba-tiba. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI