fbpx

Kematian Ishsam akibat serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ishsam pengsan dan tidak sedarkan diri semasa bersalaman dengan pemain sempena Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala Ketua Menteri Pulau Pinang di Stadium Bandaraya

GEORGE TOWN – Polis mengesahkan punca kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Perak, Ishsam Shahruddin, 59, di sini petang tadi adalah akibat serangan jantung.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, bedah siasat dijalankan kira-kira pukul 9 malam tadi di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP).

Allahyarham Ishsam

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematiannya akibat serangan jantung (Acute Coronary Syndrome),” katanya di sini, malam ini.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Ishsam dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik di HPP ke kediamannya kira-kira pukul 10.40 malam tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI