fbpx

Kanak-kanak autistik didera: JKM keluar notis larangan operasi tadika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang bapa mendakwa anaknya yang juga OKU autistik menjadi mangsa dera di sebuah tadika di Shah Alam, Selangor.

PETALING JAYA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengeluarkan notis larangan beroperasi kepada pengusaha sebuah tadika di Shah Alam berikutan dakwaan seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) autistik di situ didera oleh pengasuh.

JKM dalam satu kenyataan media berkata, notis larangan beroperasi tersebut adalah kerana kesalahan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska)

“JKM juga telah meminta pengusaha tadika untuk hadir ke pejabat JKM Negeri Selangor bagi mendapatkan maklumat susulan berkaitan kes ini. Kes ini juga telah dirujuk kepada Pejabat Pendidikan Daerah untuk tindakan selanjutnya,” kata kenyataan itu hari ini.

JKM memaklumkan, ibu bapa mangsa telah hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Shah Alam pada 4 Februari lalu untuk membuat aduan.

Pegawai Diberi Kuasa (PDBK) JKM Negeri Selangor mendapati premis telah berdaftar di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebagai tadika menerusi perakuan pendaftaran sementara yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah.

“Tadika ini juga menjalankan kelas Early Intervention Program untuk kanak-kanak OKU.

“Hasil pemeriksaan juga turut mendapati tadika tersebut menerima kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah yang sepatutnya tidak dibenarkan kerana premis tidak didaftarkan sebagai taska,” menurut JKM.

Terdahulu, tular dakwaan seorang bapa berhubung anaknya yang juga OKU menjadi mangsa dera di taska apabila bapanya menemukan kesan lebam besar pada belakang badan ketika ingin memandikan anak sulungnya itu.

Menerusi hantaran di Facebook, lelaki itu memaklumkan dia menyedari kejadian itu pada 15 Januari lalu sebaik dia menjemput anaknya pulang dari taska berkenaan.

Bagaimanapun, apabila dia bertanya mengenai perkara tersebut, anaknya tidak mampu memberikan respons kerana berdepan masalah pertuturan.

Dia turut mendakwa, pihaknya diberitahu bahawa kes berkenaan diklasifikasikan sebagai no further action (NFA), selain tiada tangkapan reman dibuat ke atas mana-mana guru taska berkenaan sehingga sekarang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI