fbpx

Juruteknik maut kemalangan empat kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada empat kenderaan yang terlibat dalam kemalangan maut mengorbankan Mohd. Eddy Aziezi di KM 26.5, Jalan Kuala Terengganu -Kuala Berang berhampiran Wakaf Tapai, Marang semalam.

MARANG – Seorang juruteknik maut selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 26.5, Jalan Kuala Terengganu -Kuala Berang berhampiran Wakaf Tapai di sini malam tadi.

Dalam kemalangan pukul 8.49 malam itu, mangsa, Mohd. Eddy Aziezi Mohd. Shahid,32, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd. Sofian Redzuan berkata, sewaktu kejadian, Mohd. Eddy Aziezi dikatakan dalam perjalanan pulang di rumahnya di Bukit Tunggal, Kuala Nerus dari Hulu Terengganu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Proton Wira dipandunya dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas lalu dirempuh dua kenderaan lain.

“Sebuah kereta lain pula terlanggar serpihan kenderaan bertaburan di atas jalan yang berpunca daripada kemalangan terbabit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Sofian berkata, salah seorang daripada enam mangsa yang menaiki tiga kenderaan lain mengalami kecederaan ringan.

“Mayat mangsa (Mohd. Eddy Aziezi) telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu dekat sini untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI