fbpx

Jenazah Allahyarham Ishsam dikebumikan di Ipoh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Ishsam

 

IPOH – Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Allahyarham Ishsam Shahruddin dijangka tiba di kediamannya di Desa Seri Ampang di sini malam ini untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam berdekatan pukul 11 pagi esok.

ADUN Ayer Kuning itu meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika menyertai perlawanan bola sepak persahabatan empat penjuru di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang kira-kira pukul 6 petang tadi.

Bekas pemain kebangsaan itu sempat diberikan rawatan awal di lokasi kejadian sebelum wakil rakyat yang berumur 59 tahun itu dilaporkan menghembus nafas akhir ketika dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapat rawatan lanjut.

Pada PRU15 (Pilihan Raya Umum Ke-15), Ishsam yang pertama kali bertanding memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning mengalahkan empat calon lain dengan majoriti 2,213 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI