fbpx

Jelitawan Indonesia, sudah berumur masih ‘bergetah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KRIS DAYANTI masih mendahului carta apabila sudah bergelar nenek namun masih cantik mengalahkan anak dara.

LUMRAH setiap wanita pasti ingin tampak cantik dan menawan setiap masa walaupun sudah meningkat usia. Rata-rata sanggup melakukan pelbagai cara bagi mengekalkan kejelitaan dan memiliki tubuh mengiurkan. Terdapat selebriti yang mampu mengekalkan kecantikan sehingga tampak lebih menawan berbanding zaman muda. Kali ini, HibGlam merangkumkan bintang terkenal Indonesia yang kekal awet muda meski ada antara mereka sudah bercucu.

Sophia Latjuba

MEMILIKI badan ramping dan wajah tanpa kedutan, pasti ramai tidak percaya bahawa pelakon Sophia Latjuba kini sudah menginjak usia 55 tahun. Difahamkan, pemilik nama lengkap Sophia Inggriani Latjuba itu sangat menjaga kesihatan dengan mengambil makanan berkhasiat serta rajin bersenam seperti yoga. Pelakon filem Comic 8: Casino Kings Part 1 itu selalu dikatakan seperti kakak dan adik apabila bergambar dengan anak sulungnya, Eva Celia yang kini berusia 33 tahun.

Wulan Guritno

SAMA seperti Sophia, pelakon Wulan Guritno turut kelihatan muda walaupun sudah berusia 44 tahun. Wulan juga sering dikatakan seperti kakak dan adik dengan anak pertamanya Shalom Razade yang kini berusia 27 tahun. Rahsianya, Wulan sangat menjaga pengambilan makanan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Difahamkan, Wulan mengehadkan pengambilan gula dan garam kerana percaya perkara itu dapat membantunya kelihatan lebih muda daripada usia sebenar.

Donna Harun

MESKIPUN sudah memiliki empat cucu, pelakon Donna Harun tetap tampak awet muda. Pada usia 56 tahun, Donna kekal nampak muda apatah lagi dia gemar menggayakan pakaian mengikut trend generasi kini. Kongsi Donna, selain aktif bermain golf, dia juga mengambil pelbagai jenis vitamin termasuk vitamin C dan D untuk menjaga kulit. Selain itu, ibu kepada dua orang anak itu juga kerap minum teh hijau dan air suam yang sememangnya baik untuk badan.

Yuni Shara

SEKILAS pandang pasti ramai tidak percaya pelakon Yuni Shara sudah berusia 53 tahun. Mana tidaknya, dia memiliki tubuh langsing serta kulit yang cantik persis wanita muda.
Antara rahsia awet muda kakak kepada penyanyi Kridayanti itu adalah menggunakan lidah buaya sebagai ‘facial mask’. Bagi penjagaan badan pula, dia menghindari makanan yang mempunyai kandungan lemak tinggi.

Krisdayanti

BARU-BARU ini, penyanyi terkenal Indonesia Krisdayanti tampil dalam sebuah rancangan realiti di Malaysia yang membuatkan netizen kagum. Apa yang membuatkan ramai terpegun adalah kejelitaan penghibur tersohor itu walaupun sudah menginjak usia 50 tahun. Malah, ada juga yang memuji pelantun lagu Menghitung Hari itu memiliki bentuk tubuh persis anak dara.
Lebih membuatkan netizen kagum apabila diva tersohor itu sudah mempunyai dua orang cucu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI