fbpx

Istilah Perak negeri menua tidak tepat – Saarani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAARANI (dua dari kiri) bercakap dengan penerima Kad Perak Sejahtera di Ipoh hari ini.

IPOH – Perak sedang berusaha untuk mengekalkan golongan muda agar tidak meninggalkan negeri ini sehingga menyebabkan hanya yang tinggal adalah golongan tua.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menolak anggapan Perak adalah negeri menua kerana pelbagai rancangan perindustrian sedang dibangunkan di negeri ini.

“Cerita yang kata Perak akan menjadi negeri menua ini sebab berasaskan kepada (trend) orang muda ramai keluar, orang pencen mari ke dalam. Itu yang dikatakan akan jadi negeri menua.

“Saya yakin tidak begitu. Sebab bila kita dah kepung orang muda ada di sini, orang muda akan kekal untuk membangunkan Perak. Jadi tidak timbul cerita jadi negeri menua. Semua negeri ada orang tua dan semua orang akan jadi tua.

“Jadi saya yakin istilah mengatakan Perak akan jadi negeri menua tidak tepat sebab kita dah menyediakan peluang untuk orang muda bekerja di Perak,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Kad Perak Sejahtera (KPS) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan bahawa Perak akan menjadi negeri terawal yang dilabel status menua kerana peratusan golongan warga emas yang tinggi sekitar lebih 14 peratus daripada jumlah penduduk.

Saarani bagaimanapun berkata, kerajaan negeri menyedari keadaan ramai golongan muda meninggalkan Perak berdasarkan kajian ketika membangunkan pelan Perak Sejahtera 2030 dengan anggaran tidak kurang 110,000 orang muda bakal meninggalkan Perak untuk mencari pekerjaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI