fbpx

Ismail Sabri telah sedar, pengsan kerana tekanan darah tinggi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri dirawat di sebuah hospital di Kota Damansara selepas pengsan akibat tekanan darah tinggi.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini dalam keadaan stabil dan telah sedar sepenuhnya petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Akhbar beliau, Azran Fitri Rahim berhubung keadaan terkini Ismail Sabri yang dilaporkan pengsan awal pagi tadi.

“Ramai bertanya kepada saya mengenai keadaan terkini Datuk Seri setelah pengsan di rumahnya akibat tekanan darah tinggi kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.

“Alhamdulillah keadaan beliau pada petang ini telah stabil dan sedar sepenuhnya.

“Bagaimanapun beliau masih memerlukan pemerhatian rapi daripada Doktor di sebuah hospital di Damansara,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Azran Fitri berkata, doktor juga tidak membenarkan beliau menerima pelawat buat sementara waktu sehingga kesihatannya kembali pulih.

“Hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan untuk menziarahi beliau.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan beliau supaya kembali pulih seperti sediakala. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Yang Maha Esa,” katanya

Petang tadi Kosmo! melaporkan Ismail Sabri pengsan dan tidak sedarkan diri serta telah dikejarkan ke hospital di Kota Damansara pukul 2.30 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI