PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan pengsan dan tidak sedarkan diri pada awal pagi tadi.
Difahamkan, Ismail Sabri, 65, telah dikejarkan ke Sunway Medical Centre, Kota Damansara pada pukul 2.30 awal pagi tadi.
Berita itu turut dikongsi oleh Pemuda UMNO Bahagian Kapar pada hantaran TikTok.
“Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dihormati. Dengan perasaan sedih saya ingin berikan makluman semua rakan-rakan seperjuangan.
“Datuk Seri pengsan dan tidak sedarkan diri pagi tadi. Saya mohon doa semua agar beliau diberi kesembuhan Allah SWT, insya-Allah,” menurut hantaran itu.
Sementara itu, rakyat Malaysia turut bersama-sama mendoakan kesihatan beliau agar sembuh. – KOSMO! ONLINE