fbpx

Gigit aiskrim jumpa lipas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lipas yang ditemukan di dalam aiskrim. - Facebook

TAIPEI – Sepasang kekasih di Taiwan mengalami ‘mimpi ngeri’ apabila menemui seekor lipas di dalam aiskrim yang dibeli, lapor portal berita Must Share News semalam. 

Penemuan itu berlaku ketika mereka sedang menikmati aiskrim tersebut di dalam lif apartmen di bandar Keelung baru-baru ini.

Menerusi catatan di laman Facebook, lelaki dikenali sebagai OP berkata, dia menemui objek pelik berwarna coklat yang tersembunyi di dalam aiskrimnya.  

“Saya terkejut apabila menyedari objek pelik itu adalah kepala lipas. Kami mahu memuntahkannya kembali tetapi gagal kerana ada orang lain di dalam lif. 

“Saya bertambah cemas apabila menyedari telah menggigit salah satu kaki lipas itu,” kata OP. 

Biro Kesihatan Keelung mengesahkan bahawa syarikat pengeluar aiskrim itu terletak di Taipei dan Taichung. 

“Siasatan sedang giat dijalankan,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI