fbpx

Faizal sah gantung kayu hoki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faizal pernah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak pada saingan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2018.

KUALA LUMPUR – Penyerang sensasi skuad hoki negara, Faizal Saari mengumumkan persaraannya secara rasmi daripada arena hoki selepas aksi final Piala TNB yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Faizal yang turun bersama Pasukan Hoki Terengganu (THT) menentang Tenaga Nasional Berhad (TNB), menjadikan perlawanan itu sebagai aksi terakhirnya di atas padang sebagai pemain profesional.

Ini bukan kali pertama Faizal mengumumkan persaraan selepas dia pernah berundur sebelum ini namun kembali beraksi atas permintaan pasukan kebangsaan.

Namun, kali ini penyerang berbisa itu membuat keputusan muktamad untuk menamatkan kariernya selepas tamat saingan Piala TNB.

Desas-desus mengenai persaraan Faizal sudah tersebar sebelum final malam ini, namun pengesahan rasmi dibuat sebaik tamat perlawanan.

Faizal dikenang sebagai salah seorang penyerang terbaik Malaysia dengan sumbangan gol yang konsisten di pentas tempatan dan antarabangsa sepanjang kariernya.

Untuk rekod, pemain berusia 34 tahun itu pernah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak pada saingan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2018 selepas berjaya melakukan lapan jaringan.

Dia juga merupakan sebahagian daripada skuad negara yang memenangi dua pingat perak Sukan Asia pada edisi 2010 di Guangzhou, China serta 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia.

Selain itu, Faizal juga merupakan salah seorang daripada dua pemain yang pernah beraksi dalam Liga Hoki Australia bersama Southern Hotshots pada 2011 dan berjaya menjaringkan tiga gol. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI