fbpx

EPL: Maresca terselamat daripada dipecat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARESCA

LONDON – Pengurus Chelsea, Enzo Maresca boleh menarik nafas lega apabila diberikan jaminan 100 peratus selamat daripada dipecat oleh pengurusan tertinggi pasukan itu musim ini.

Pengarah Chelsea, Jonathan Goldstein mendedahkan, pihaknya kelab berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan Maresca sejak dilantik daripada Leicester City awal musim ini.

“Beliau (Maresca) telah menjalankan tugas dengan baik walaupun enam minggu kebelakangan ini mereka lebih dilihat mencari sesuatu. Namun, ia masih perkara yang positif buat kelab.

“Selain daripada keputusan-keputusan positif, Maresca juga berjaya mengumpulkan semua pemain menjadi satu unit yang bagus dan 100 peratus (kekal),” kata Goldstein.

Goldstein menjadi ahli lembaga pengarah pertama Chelsea yang mengeluarkan kenyataan secara terbuka dengan memberikan sokongannya kepada Maresca.

Maresca berjaya menjadikan Chelsea dianggap sebagai pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada satu ketika sebelum pasukannya jatuh ke tangga keenam ketika ini.

Dua kemenangan daripada sembilan aksi liga terakhir turut menyaksikan Chelsea terkeluar daripada perebutan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

Selain itu, Chelsea juga dilanda masalah kecederaan dengan terbaharu Noni Madueke dijangka tersisih enam minggu kerana hamstring, berdepan tugas sukar menentang Aston Villa di Villa Park awal pagi esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI