fbpx

Dua penguat kuasa disyaki terima rasuah RM3,000 tutup siasatan kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang suspek yang ditahan membabitkan kes rasuah bagi menutup siasatan kesalahan dadah

GEORGETOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan dua anggota penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan membabitkan kesalahan dadah.

Perintah reman selama lima hari terhadap kedua-dua suspek lelaki yang berusia 30-an telah dikeluarkan Majistret Syahirah Abdul Salim, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Georgetown, di sini.

Menurut sumber, suspek pertama direman bermula semalam sehingga 25 Februari ini, manakala suspek kedua ditahan reman bermula hari ini sehingga 26 Februari.

Katanya, suspek pertama ditahan pada Khamis lalu, sementara suspek kedua ditahan pagi tadi di pejabat SPRM Pulau Pinang ketika hadir memberi keterangan.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat dan melakukan perbuatan tersebut pada Januari dan Februari tahun ini.

“Kedua-dua suspek dipercayai telah meminta wang rasuah kira-kira RM3,000 dan telah menerima ‘pendahuluan’ kira-kira RM1,800 pada Januari lalu,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI