fbpx

Daiyan Trisha sekarang single, ruangan DM sentiasa terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daiyan mengakui dirinya kini single dan ruangan DM sentiasa terbuka untuk berkenalan.

SHAH ALAM – Sering dihambat dengan pertanyaan mengenai perkahwinan, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha tidak pernah terburu-buru dalam mencari jodoh buat dirinya ketika ini.

Menurut Daiyan atau nama penuhnya Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin, 31, dia tidak terlalu memikirkan perihal jodoh kerana berasakan kehidupannya kini dalam keadaan baik.

“Sekarang saya single! Tidak ada masalah apa pun dan ruangan DM (direct message) sentiasa terbuka! Come on boys!

“Saya okey sahaja dengan status solo. Saya juga gembira dengan kehidupan dan berada di titik terbaik dalam hidup, saya tak mencari,” katanya kepada Kosmo! Online di set penggambaran filem Wantugo di sini, baru-baru ini.

Tambahnya, dia terbuka untuk mengenali mana-mana individu namun tidak terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga.

“Kalau ada rezeki hadir (jodoh), saya okey sahaja.

“Tidaklah macam ‘nak kahwin nak kahwin’ dan tak rushing pun, relaks,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Daiyan bakal muncul dengan filem Wantugo arahan Nurhanisham Muhammad yang turut dibarisi Zul Ariffin, Sein Qudsi, Meerqeen, Sky Iskandar, Elizabeth Tan, Nia Atasha, Yusof Hashim (Ucop) dan Arfie Shah.

Wantugo merupakan filem pertama Malaysia yang membawakan genre ‘Battle Royale’ iaitu mengisahkan sekumpulan individu yang diletakkan dalam satu permainan dan dipaksa bertarung antara satu sama lain untuk kekal selamat.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI