fbpx

Cari emas dalam sampah boleh kumpul RM2,600

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan barang kemas yang dikutip dari tapak pelupusan sampah di Thailand. - Facebook

BANGKOK – Seorang wanita di Thailand mengundang perhatian ramai selepas menjana pendapatan sebanyak 19,595 baht (RM2,600) hasil daripada menjual barangan kemas yang dikutip di tapak pelupusan sampah, lapor portal berita Thaiger kelmarin. 

Perkara itu dikongsikan oleh pemilik kedai emas bernama Namo, di laman Facebooknya pada Isnin lalu. 

Menurut Namo, dia diminta untuk memeriksa ketulenan barangan kemas yang dikutip oleh wanita tersebut bersama abangnya dari longgokan sampah. 

Rakaman video yang dimuat naik memaparkan dua dulang hitam berisi lebih 30 barang kemas seberat dua hingga tiga kilogram setiap satu. 

“Saya mengasingkan barang kemas tersebut dan mendapati, 20 daripadanya dipercayai asli. 

“Namun, selepas diperiksa menggunakan alat khas, hanya lima sahaja disahkan sebagai emas tulen,” kata Namo. 

Wanita itu mengharapkan hasil jualan emasnya bernilai sekitar 1,000 baht (RM130) hingga 2,000 baht (RM260). 

“Namun, dia terkejut apabila keseluruhan emas itu bernilai 19,959 baht,” tambah Namo. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI