fbpx

Calon tempatan pilihan terbaik kemudi MFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Christopher Raj (kanan) merupakan bekas Exco FAM penggal 2017 hingga 2025 yang lepas.

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) perlu mencari ‘pakar’ bola sepak terdiri daripada anak tempatan bagi mengisi kekosongan posisi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang ditinggalkan oleh Giorgio Pompili Rossi secara mengejut, kelmarin.

Pemerhati sukan tanah air, Christopher Raj percaya badan pengelola Liga Malaysia (Liga M) itu boleh mengadakan temuduga terbuka agar individu yang memiliki kepakaran dan berminat untuk mengisi ‘kerusi panas’ itu dapat tampil ke depan.

Kata Christopher, keputusan MFL untuk melanti Rossi selaku CEO ‘import’ pertama dalam sejarah MFL bukanlah satu kesilapan sebaliknya badan induk itu masih perlukan sentuhan tokoh bola sepak tempatan.

“Saya rasa liga kita tidak ada masalah untuk menerima kepakaran luar, tetapi kena ada orang lokal yang tahu apa yang perlu untuk dilakukan.

“Contoh, jika nilai Liga M sekitar RM100 juta dan mahu meningkatkan angka tersebut ke RM300 juta, mungkin sesuai kita lantik orang luar untuk bawa liga ke tahap yang lebih tinggi.

“Namun, dengan isu semasa seperti kekurangan penonton dan kemelut pasukan tidak bayar gaji, mungkin kita perlu ada anak tempatan yang lebih arif.

“Justeru, saya harap mereka melakukan temuduga lebih terbuka agar sesiapa yang berminat dapat tampil ke hadapan untuk menawarkan diri,” katanya kepada Kosmo!.

Sementara itu, Christopher yang juga bekas Ahli Jawatankuasa (Exco) FAM percaya badan induk itu perlukan ‘fasa bertenang’ dengan perubahan hanya sesuai dilakukan pada musim depan.

“Biarlah Ketua Pegawai Operasi (COO) MFL, Mohd Shazli (Shaik Mohd) menjadi pemangku seketika kerana dia juga ada pengalaman dan bakal dibantu Presiden MFL, Datuk Ab Ghani (Hassan) sehingga penghujung musim ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI