KAJANG – Suspek wanita yang ditahan selepas disyaki menikam suaminya sehingga maut dalam kejadian di hadapan sebuah unit pangsapuri di sini bakal dituduh di Mahkamah Kajang, Isnin depan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pertuduhan terhadap suspek akan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Setakat ini, suspek disambung reman selama empat hari lagi sebelum didakwa di mahkamah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kosmo! sebelum ini melaporkan perselisihan faham dipercayai menjadi punca seorang suri rumah berusia 59 tahun menikam suaminya sehingga maut, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, mangsa berusia 60 tahun yang bekerja sebagai kontraktor disahkan meninggal dunia akibat luka tikaman. – KOSMO! ONLINE