fbpx

[VIDEO] Lelaki ‘terjun’ lori positif syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video tular kejadian JPJ mengejar sebuah lori di Lebuh SPA di Gangsa, Melaka.

ALOR GAJAH – Pemandu lori lima tan yang merempuh sebuah rumah di Taman Krubong Jaya dekat sini, pada Rabu didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, berdasarkan hasil soal siasat lelaki itu mengaku mengambil dadah tersebut.

“Saringan ujian air kencing suspek juga positif. Tiada apa-apa barang (dadah) ditemui pada suspek.

“Kita telah menahan suspek dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seorang lelaki nekad melompat keluar dari lori dipandunya selepas dikejar anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejauh 25 kilometer selama hampir satu jam.

Lori membawa muatan barang pembinaan itu kemudian merempuh sebuah rumah mengakibatkan kerosakan pada pintu pagar, sebuah trak pikap dan tembok rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI