NYON – Misi pasukan Liverpool untuk menjuarai trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bnampak sukar apabila berdepan juara Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) pada pusingan 16 terbaik yang akan berlangsung bulan depan.
Pada majlis undian yang berlangsung sebentar tadi, skuad The Reds yang berjaya mendahului peringkat liga sebelum ini akan bertemu PSG buat kali pertama sejak 2018.
Sementara itu, juara bertahan, Real Madrid yang berjaya menyingkirkan Manchester City pada aksi playoff bakal bertemu seteru setempat, Atletico Madrid untuk slot ke suku akhir.
Satu lagi perlawanan buku pertemu ruas menyaksikan Bayern Munich bakal berdepan juara Bundesliga, Bayer Leverkusen.
Dua lagi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal akan menentang jaguh Belanda, PSV Eindhoven manakala Aston Villa akan bertemu Brugge.
Aksi pusingan 16 UCL akan berlangsung pada 4 dan 5 Mac depan manakala pusingan timbal balik pada 11 dan 12 Mac dengan final kali ini akan dilangsungkan di Stadium Allianz Arena. – KOSMO! ONLINE
UNDIAN PENUH
Aston Villa lwn Club Brugge
Borussia Dortmund lwn Lille
Real Madrid lwn Atletico Madrid
Bayern Munich lwn Bayer Leverkusen
PSV Eindhoven lwn Arsenal
Feyenoord lwn Inter Milan
PSG lwn Liverpool
Benfica lwn Barcelona