fbpx

THT enggan terlepas gelaran treble

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TROFI Piala TNB dan Piala Vivian May Soars yang akan menjadi rebutan empat pasukan pada final berlangsung malam esok. - SYAKIR RADIN

KAPTEN Pasukan Hoki Terengganu (THT), Faizal Saari berwaspada dengan ancaman Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelang aksi final Piala TNB di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam esok.

Faizal yang sudah bersama THT selama 13 tahun, mengakui TNB bukan lawan yang boleh dipandang rendah, apatah lagi mereka diperkuatkan dengan 11 pemain skuad kebangsaan.

“Kami tahu TNB adalah antara pasukan terbaik. Mereka memiliki ramai pemain kebangsaan, jadi kami harus bersedia sepenuhnya untuk perlawanan ini.

“Kami perlu berusaha memberikan yang terbaik dan lihat bagaimana rezeki nanti,” katanya.

THT mara ke final dengan rekod tanpa kalah dalam 11 perlawanan terakhir dan Faizal percaya mampu mengekalkan momentum cemerlang itu bagi menjulang gelaran ketiga musim ini.

“Kalau boleh, kami mahu menamatkan musim ini dengan kemenangan. Jika kami berjaya menang kesemua perlawanan, sudah tentu ia akan menjadi lebih bermakna.

“Soal anugerah individu seperti penjaring terbanyak bukan keutamaan saya. Apa yang lebih penting adalah memastikan pasukan mencipta kemenangan,” tambahnya.

THT mara ke final selepas menundukkan Kelab Hoki Matador 1-0 di separuh akhir, manakala TNB menewaskan Maybank 7-4 untuk mengesahkan tempat di pentas penentuan kejuaraan.

Satu lagi aksi final berlangsung esok melibatkan dua gergasi wanita tanah air, Blue Warrios menentang Malaysian University merebut trofi Piala Vivian May Soars. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI