fbpx

Suspek noda budak dalam masjid sudah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein ketika sidang akhbar, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Perbuatan terkutuk seorang remaja lelaki dipercayai mencabul seorang kanak-kanak perempuan pada waktu solat subuh di sebuah masjid di Batang Kali memakan diri apabila ditangkap polis, hari ini.

Penahanan suspek tempatan berusia 19 tahun itu berjaya dilakukan tengah hari tadi dengan bantuan orang ramai di sekitar Batang Kali.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan kes cabul berkenaan kira-kira pukul 8 pagi daripada ibu mangsa.

Katanya, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika pengadu membawa dua anak perempuannya bersolat subuh di masjid tersebut.

“Suspek telah mengambil salah seorang anak mangsa yang berada di bahagian belakang saf jemaah wanita sebelum dipercayai mencabul kanak-kanak itu.

“Siasatan juga mendapati suspek dan mangsa tidak mengenal satu sama lain. Suspek mengambil mangsa berkenaan secara rambang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Jelas beliau, siasatan masih dijalankan berhubung dakwaan suspek mempunyai kad orang kurang upaya (OKU).

“Kita masih menyiasat sama ada itu suspek punya atau orang lain punya.

“Proses permohonan reman akan dibuat terhadap suspek dalam masa terdekat dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan melaporkan kecoh di kumpulan WhatsApp dan media sosial berhubung kes dakwaan cubaan merogol seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid dekat Batang Kali, pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI