fbpx

Siasat segera kes cubaan ‘buat jahat’ dalam masjid – Exco Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video ketika kejadian berkenaan.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri mengesa tindakan segera diambil susulan penularan video cubaan merogol ke atas kanak-kanak perempuan dalam ruang solat jemaah wanita di Masjid Jamek Sungai Masin, Batang Kali dekat sini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr. Mohammad Fahmi Ngah berkata, beliau telah memanjangkan laporan itu kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan untuk membuatkan siasatan daripada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) serta gambar-gambar berkaitan.

Beliau berkata, tindakan untuk menghasilkan persepsi bahawa masjid-masjid adalah tempat yang tidak selamat dan terdedah kepada perbuatan jenayah kepada masyarakat adalah suatu tindakan yang biadab dan tidak boleh diterima oleh umat Islam Selangor.

“Saya menyeru para pengunjung masjid terus berwaspada dan membuat laporan segera kepada pihak berkuasa sekiranya
wujud cubaan-cubaan sebegini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan kecoh di kumpulan WhatsApp dan media sosial berhubung kes dakwaan cubaan merogol seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid dekat Batang Kali, pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI