fbpx

Putih mata duit nak bayar gaji pekerja RM59,000 lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ketika kejadian dan gambar suspek tersebut.

KLANG – Seorang pengurus syarikat pembaikan kontena terpaksa berputih mata apabila wang tunai RM59,000 untuk bayaran gaji pekerjanya lesap dicuri dalam sebuah restoran di Bandar Bukit Tinggi Klang, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari pada 14 Februari lalu, semua wang yang diletakkan dalam beg komputer riba tersebut dilarikan seorang suspek lelaki.

Insiden tersebut tular menerusi video rakaman televisyen litar tertutup berdurasi 45 saat di media sosial.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa berusia 48 tahun telah datang ke sebuah restoran serta memesan minuman.

Katanya, pada masa sama mangsa yang merupakan warga asing sedang menunggu pekerja untuk bertemu dengannya.

“Seorang suspek lelaki telah memasuki ke dalam restoran dan berlegar-legar dalam premis tersebut sebelum mengambil beg komputer mangsa.

“Suspek melarikan diri menggunakan kereta jenis Proton Persona bersama rakan jenayahnya yang menunggu di luar restoran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, kejadian itu menyebabkan mangsa kerugian RM59,000 yang merupakan gaji kepada pekerjanya.

Tambah Hoong Fong, usaha mengenal pasti dan menangkap suspek terlibat sedang giat dilakukan pihaknya.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitannya diminta menghubungi Ibu Pejabat Daerah ini ditalian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI