fbpx

Penduduk, pelancong ketawa tanpa henti selepas kebun ganja terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai dan pelancong ketawa tanpa henti selepas kebun ganja terbakar di bandar Pattaya, Thailand. - Matichon

BANGKOK – Penduduk wilayah Chonburi, Thailand ketawa tanpa henti selepas sebuah pusat penanaman ganja yang terletak dalam bangunan komersial empat tingkat terbakar, lapor portal berita Thaiger. 

Kejadian berlaku dekat kawasan Soi Welcome Jomtien, bandar Pattaya pada 13 Februari lalu. 

Polis Pattaya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan kebakaran pada tingkat dua bangunan tersebut.

“Seluruh tingkat dua dijilat api, manakala asap tebal menyelubungi kawasan sekitar. 

“Meskipun api berjaya dikawal, ia meninggalkan bara dan bau ganja hangus. 

“Tiada kecederaan dilaporkan, manakala kerosakan dianggarkan sekitar 200,000 baht (RM26,278),” kata polis. 

Kebakaran tersebut bukan hanya mengejutkan orang ramai, malah mencetuskan kesan sampingan di luar jangkaan. 

Selain mengadu pening dan sakit kepala, warga setempat dan pelancong didapati ketawa berterusan secara tiba-tiba. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI