fbpx

Pelajar terperangkap bawah kereta selamat jalani pembedahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Hanafi (gambar kecil) dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Seorang pelajar sekolah berusia lapan tahun yang terperangkap di bawah sebuah kereta selepas dirempuh kenderaan itu berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11 selesai menjalani pembedahan di Hospital Putrajaya, hari ini.

Menurut bapanya, Khairul Anuar Atanuddin, 38, anaknya Khairul Hanafi, 8, selesai menjalani pembedahan yang dijalankan awal pagi tadi dan kini sedang dipantau oleh pasukan perubatan untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, beliau masih terkejut dengan kejadian menimpa anak ketiga daripada empat beradik itu selain meminta diberi sedikit ruang berikutan tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan ketika ini.

“Anak saya sudah selamat menjalani pembedahan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Saya masih belum bersedia mengulas lanjut berhubung kejadian itu dan menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.

Pada masa sama, Khairul Anuar berharap agar kesihatan anak ketiganya akan kembali pulih dan dapat meneruskan sesi persekolahan seperti biasa dan memohon jasa baik mendoakan kesihatan anaknya.

“Saya mohon doa daripada semua agar mendoakan Khairul Hanafi kembali pulih dan dapat kembali bersama keluarga kembali,” pintanya.

Semalam, orang ramai terpaksa terbalikkan sebuah kereta jenis Perodua Alza bagi mengeluarkan pelajar itu yang terperangkap bawah kenderaan dalam kejadian berlaku kira-kira pukul 4.45 petang.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, insiden berlaku apabila mangsa mahu melintas jalan untuk pulang ke sekolah sebelum dirempuh sebuah kereta dipandu seorang wanita.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan yang parah di bahagian kepala selain patah kaki kiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI