fbpx

Pekerja kantoi tukar barang kemas palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai tiga pekerja sebuah kedai emas di Sungai Buloh ditahan polis selepas dipercayai melakukan pecah amanah melibatkan barang kemas RM293,700 sejak Jun tahun lalu.

KUALA LUMPUR – Seramai tiga pekerja sebuah kedai emas ditahan polis selepas dipercayai melakukan pecah amanah melibatkan barang kemas RM293,700 sejak Jun tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menerima laporan di Sungai Buloh, Selangor, 5 Februari lalu.

“Berdasarkan laporan polis dibuat pengadu yang merupakan pengurus cawangan kedai tersebut, pemeriksaan terhadap stok barang kemas mendapati terdapat perbezaan terhadap 26 utas barangan kemas di premis itu.

“Semakan lanjut mendapati barang kemas tersebut adalah palsu,” katanya ketika sidang akhbar di Menara KPJ, di sini, hari.

Jelasnya, hasil siasatan menemukan 26 keping surat pajak bernilai RM225,550 melibatkan barang kemas jenis emas
916 dengan anggaran berat 762.82 gram.

“Beberapa pekerja di syarikat tersebut didapati telah bersubahat untuk menukar barang emas dari kedai tersebut dengan barang kemas palsu bagi mengelirukan pengurus kedai.

“Mereka dipercayai melakukan kegiatan itu sejak Jun tahu lalu manakala nilai keseluruhan barang kemas yang ditukar adalah RM293,700,” ujarnya.

Ketiga-tiga pekerja warga tempatan berusia 28 hingga 38 tahun itu ditahan polis pada 6 Februari lalu beserta rampasan tiga buah telefon bimbit dan sejumlah barang kemas.

Tambahnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan, iaitu melibatkan kesalahan pecah amanah jenayah oleh pekerja.

“Dalam tempoh kurang satu minggu siasatan dijalankan, dua individu yang terlibat telah berjaya dituduh di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan di Mahkamah Shah Alam, Selangor pada 10 Februari lalu.

“Sebutan ditetapkan pada 25 April depan dengan seorang lagi individu telah dijadikan saksi pendakwaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI