fbpx

Mayat pemancing ditemui lemas di Sungai Rompin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui lemas di Sungai Rompin di Rompin, hari ini.

ROMPIN – Mayat seorang lelaki warga emas yang hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Rompin ketika memancing udang galah semalam, ditemui hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Salahuddin Isa berkata, mayat mangsa Saari Awang, 68, ditemui pada pukul 7.25 pagi oleh orang awam.

“Orang awam yang sedang memancing di jeti menyatakan mangsa telah timbul di permukaan sungai pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai.

“Pasukan bomba bersama orang awam mengambil mayat pada pukul 7.45 pagi dan menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,”katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi semalam, mangsa yang pergi memancing seorang diri terjatuh ke dalam sungai ketika sampai ke jeti Kampung Menchali, di sini.

Susulan itu bomba yang menerima panggilan pada pukul 9.07 pagi bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi pencarian di sekitar sungai dan dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI