fbpx

Maut tersepit langgar belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di Kilometer (KM) 300.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara di sini pada pukul 5.54 pagi tadi. - Foto IHSAN JBPM

GOPENG – Seorang pemandu lori lelaki berumur 43 tahun maut dalam kemalangan membabitkan dua jentera berat itu di Kilometer 300.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara, di sini pada pukul 5.54 pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah lori melanggar bahagian belakang lori lain yang menyebabkan pemandunya tersepit.

Katanya, bomba dengan kekuatan 13 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dan Tapah menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa.

Mangsa disahkan maut oleh petugas kesihatan yang turut berada di lokasi kemalangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI