NYON – Misi pasukan Manchester United untuk melangkah jauh pada kempen Liga Europa kali ini nampak sukar selepas diundi menentang Real Sociedad pada pusingan 16 terbaik yang dijadualkan berlangsung pada Mac depan.
Skuad The Red Devils kendalian Ruben Amorim dilihat terdesak untuk menamatkan saingan musim ini dengan landasan terbaik selepas bergelut dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL).
Sementara itu, satu lagi wakil EPL, Tottenham Hotspur menerima undian mudah apabila menentang kelab Belanda, AZ Alkmaar dan menjadi pilihan untuk menempah slot suku akhir.
Satu lagi perlawanan menarik melibatkan kelab gergasi Serie A, AS Roma bertemu satu lagi pasukan pilihan, Athletic Bilbao pada edisi kali ini. – KOSMO! ONLINE
UNDIAN PENUH LIGA EUROPA
Bodo/Glimt lwn Olympiakos
Fenerbahce lwn Rangers
Ajax lwn Eintracht Frankfurt
FCSB lwn Lyon
AZ Alkmaar lwn Tottenham
Real Sociedad lwn Manchester United
Viktoria Plzen lwn Lazio
AS Roma lwn Athletic Bilbao