fbpx

Keyakinan PSG makin melonjak tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG PSG, Khvicha Kvaratskhelia (kiri) turut mencetak nama sebagai penjaring ketika membelasah Brestois awal pagi semalam. - AFP

PARIS – Pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique meluahkan rasa kagum terhadap semangat berpasukan anak-anak buahnya selepas meraih kemenangan luar biasa 7-0 ke atas Brestois dalam aksi kedua playoff Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi semalam.

Pesta gol di Parc des Princes itu menyaksikan PSG mara ke pusingan 16 dengan kemenangan agregat 10-0 selepas terdahulu menewaskan Brestois 3-0 minggu lalu.

Lebih mengagumkan, juara Ligue 1 itu mencatat rekod sebagai pasukan pertama yang memiliki tujuh penjaring berbeza dalam satu perlawanan UCL, membuktikan kekuatan kolektif mereka di atas padang.

“Mempunyai tujuh penjaring berbeza mencerminkan semangat berpasukan dan mentaliti luar biasa pemain kami. Mereka tidak mementingkan diri dan sentiasa mencari rakan sepasukan dalam posisi lebih baik untuk menjaringkan gol.

“Jika mereka lebih individualistik, mungkin kami tidak akan menjaringkan gol sebanyak ini. Saya sangat bangga dengan cara kami bermain, ia adalah pendekatan terbaik untuk mara ke pusingan seterusnya,” kata Enrique.

Meskipun Brestois tewas besar, Enrique tetap memberikan pujian kepada pasukan lawan yang dianggapnya antara kelab terbaik di Perancis musim ini.

“Brest bukan pasukan yang mudah ditewaskan. Mereka mengharungi kempen UCL yang hebat. Kami juga tidak mengambil mudah kelebihan 3-0 dari perlawanan pertama dan kekal fokus sehingga tamat perlawanan,” ujarnya.

Enrique kini yakin PSG sudah bersedia menghadapi cabaran yang lebih getir di pusingan seterusnya, selain berharap momentum luar biasa itu mampu diteruskan untuk memburu kejuaraan Eropah pertama kelab itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI