fbpx

Kanak-kanak California lumpuh tercekik gula gummy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan - Foto WIKIPEDIA

PETALING JAYA – Kejadian tercekik gula-gula gummy pernah dilaporkan media antarabangsa sebelum ini, membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun sehingga menyebabkan dia kelumpuhan.

Menerusi laporan Newsweek, kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Amelie Paredes Sotelo telah tercekik gula-gula gummy pada 13 Disember 2022.

Amelie dilaporkan telah makan salah satu daripada gula-gula gummy itu dan sebaik ibu bapanya menyedari dia tercekik, mereka cuba mencungkil keluar daripada kerongkongnya namun tidak berjaya.

Kanak-kanak itu dibawa ke hospital dan kakitangan perubatan menggunakan kaedah sedutan bagi membersihkan sumbatan.

Bagaimanapun, mangsa menderita akibat hipoksia kerana kekurangan oksigen yang berpanjangan.

Susulan itu, keluarga mangsa mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat gula-gula gummy jenama Candy Land berkenaan.

Pada November 2022, turut dilaporkan seorang kanak-kanak Thailand nyaris maut apabila dia tercekik ‘eyeball jelly’ dan kejadian itu dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV).

Menerusi laporan Asean Now, ibu kanak-kanak tersebut membelikan jeli itu kepada anak lelakinya selepas dia meminta makanan ringan berkenaan.

Bapa serta abang kepada kanak-kanak itu melihat kejadian di CCTV dan terus bertindak pantas menyelamatkannya daripada tercekik jeli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI