fbpx

Jenazah Mohamad Fahmi dibawa keluar dari hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Mohamad Fahmi dibawa keluar dari hospital.

GEORGE TOWN – Jenazah Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, 10, yang meninggal dunia semalam akibat tercekik gula-gula ‘gummy eyeball’ telah dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), kira-kira pukul 12.51 tengah hari tadi.

Jenazah kanak-kanak tersebut akan dibawa ke rumah neneknya di Permatang Binjai, Penaga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Permatang Binjai selepas selesai solat Jumaat, hari ini.

Jenazah kanak-kanak tersebut selesai menjalani proses bedah siasat kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman mengesahkan kematian murid tahun empat itu tiada unsur jenayah.

“Laporan awal mengesahkan kematian kanak-kanak berusia 10 tahun itu tiada unsur jenayah dan polis masih menunggu laporan lengkap punca sebenar mangsa meninggal dunia. Setakat ini polis klasifikasi sebagai kematian mengejut (SDR),” ujarnya.

Terdahulu, Hambiah Kassim, 75, nenek kepada Mohamad Fahmi berkata, ada sedikit perubahan terhadap kelakuan cucunya itu ketika arwah datang dan tinggal di rumahnya sekitar dua minggu lalu.

“Saya ada 11 orang cucu. Arwah (Mohamad Fahmi) pun selalu balik, cuti sekolah memang balik sini. Dia bukan jenis banyak cakap, tapi kalau dengan saya, dia mesra dan manja.

“Sepanjang berada di rumah saya dia kurang bercakap, dia nampak lebih seronok tapi dalam masa sama macam sedih juga,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik HPP di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI