fbpx

Jenazah kanak-kanak tercekik ‘gummy eyeball’ selamat dikebumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Mohamad Fahmi ketika tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Binjai, Penaga, hari ini.

SEBERANG PERAI – Hujan renyai mengiringi perjalanan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, 10, yang meninggal dunia akibat tercekik gula-gula ‘gummy eyeball’, malam tadi.

Jenazah Mohamad Fahmi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Binjai, Penaga di sini pukul 3.20 petang tadi.

Terdahulu, jenazah dibawa ke Masjid Jamek Permatang Binjai untuk disembahyangkan kira-kira 150 jemaah terdiri daripada ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan selepas solat Jumaat.

Mohammad Fahmi yang kritikal selepas didakwa tercekik gula-gula itu Selasa lepas, menghembus nafas terakhir di sisi ibu bapanya, kira-kira 11 malam tadi di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang.

Murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Butterworth itu dipercayai membeli dua biji gula-gula kenyal itu sebelum sesi persekolahan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) pada 2.30 petang, Selasa lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI