fbpx

Janda antara ditangkap sindiket proses vape syabu RM9. 9juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein menunjukkan vape berisi syabu yang dirampas pihaknya. -Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Kegiatan sindiket memproses vape berisi syabu dianggotai tujuh suspek termasuk seorang janda tumpas menerusi serbuan di sekitar Seri Kembangan dan Puchong dekat sini baru-baru ini.

Kesemua suspek termasuk lima lelaki warga Myanmar berusia 21 hingga 37 tahun ditahan dalam operasi selama tiga hari bermula 17 Februari lalu.

Turut dirampas 33,079 kotak katrij berisi dadah berkenaan termasuk peralatan memproses dianggarkan RM9. 9 juta.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar berkata, siasatan mendapati sindiket ini telah beroperasi sejak enam bulan lalu dan mampu mengaut keuntungan RM2 juta sebulan.

Katanya, kejayaan itu hasil risikan selama sebulan dengan mereka didapati menjual dadah itu antara RM270 hingga RM300.

“Salah seorang suspek lelaki tempatan didapati berperanan sebagai pembancuh dan mempelajari teknik itu menerusi YouTube.

“Sukatan syabu dalam vape itu adalah bergantung kepada permintaan pelanggan. Makmal pemprosesan pula dilakukan di sebuah lot kedai di Seri Kembangan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau menjelaskan, semua vape kemudiannya dilabelkan dan dipakejkan untuk pasaran menerusi pembungkusan kotak asli.

Dadah kemudiannya dijual kepada pelanggan tetap menerusi dalam talian dan bersemuka.

“Suspek wanita yang ditangkap sebagai penjual manakala lima suspek warga asing adalah memproses dan membungkus cecair vape dadah itu.

“Kita percaya jualannya juga melibatkan pelanggan di kalangan pelajar-pelajar sekolah disebabkan dijual dalam talian. Sindiket juga memasarkannya di negara jiran” katanya.

Jelas beliau, semakan mendapati suspek wanita mempunyai rekod lampau dan dua lagi suspek positif ganja, methamphetamine dan amphetamine.

“Kesemua suspek kini direman antara lima hingga tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI